Waktu Solat - K.Trg dan Marang

COUNTDOWN TO PEPERIKSAAN UPSR 2011, at 08:00:

Hari Jam Minit Saat

24 April, 2009

UJIAN LISAN (PLBS/SBOA)



Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah ( B.M dan B.I ) untuk calon-calon UPSR telah diadakan secara rasmi pada 22 dan 23 April 2009. Pentaksiran Lisan ini telah berjaya mencapai matlamat, dimana semua pelajar telah hadir. Kesemua pelajar telah menjawab dan memberi tindakbalas yang amat baik kepada setiap soalan yang diajukan.

PERHIMPUNAN BULANAN KALI KE 2 TAHUN 2009


21April 2009 - SKGN sekali lagi telah mengadakan perhimpunan bulanan peringkat sekolah, perhimpunan ini telah dihadiri oleh semua guru dan kakitangan, pekerja swasta, pengawal keselamatan dan guru-guru KAFA. Perhimpunan kali ini telah dikendalikan oleh Unit Hal Ehwal Murid SKGN. En Yusof b. Ismail, Pen. Pegawai Pelajaran Daerah Marang bahagian Pengurusan Sekolah telah menyampaikan ucaputama dalam perhimpunan tersebut. Beberapa sijil penghargaan telah disampaikan antaranya sijil penghargaan menepati masa, hadiah hari lahir dan sebagainya, jamuan perhimpunan tersebut telah disediakan oleh guru-guru SKGN sendiri. Perhimpunan bulan Mei akan dikendalikan oleh Unit Kokurikulum SKGN.

Program Gaya Hidup Sihat




Pada 8 April 2009, SKGN telah mengadakan program Gaya Hidup Sihat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Marang. Aktiviti telah berjalan dengan lancar dan baik, aktiviti dimulakan dengan bersenamrobik beramai-ramai diketuai oleh Cg. Zuraiza. Pemeriksaan kesihatan telah mendapat sambutan yang hebat daripada guru-guru perempuan, malangnya guru-guru lelaki agak malu dengan misi-misi yang ada... (tak jadilah buat pemeriksaan). Ceramah kesihatan dan pertandingan gigi cantik turut diadakan, disamping pertandingan melukis antara tahun.