Waktu Solat - K.Trg dan Marang

COUNTDOWN TO PEPERIKSAAN UPSR 2011, at 08:00:

Hari Jam Minit Saat

06 November, 2009

PERHATIAN KEPADA IBUBAPA PENJAGA PELAJAR SKGN
MAJLIIS PERJUMPAAN UNTUK MENANDATANGANI BUKU PELAPORAN AKAN DIADAKAN PADA 17 NOVEMBER 2009 (SELASA). HARAP MAKLUM

MINGGU KOKURIKULUM

MINGGU KOKURIKULUM AKAN DIADAKAN PADA 8 HINGGA 12 NOVEMBER 2009. KEPADA SEMUA AHLI RUMAH, SELAMAT BERTANDING
Tahniah kepada warga SKGN kerana telah berjaya mengadakan majlis Cukur Jambul 5 orang anak-anak warga SKGN yang lahir tahun 2009.

SOM-SOM

Bahan-bahan:

120g tepung beras
250ml air
1 biji kelapa- ambil 600ml santan
lbh kurang 120g gula melaka dihancurkan
3 sudu makan air daun pandan
sedikit garam
minyak untuk disapu di acuan

Nak buat:
Masukkan gula melaka dan 250g air dalam periuk.masak hingga gula larut. tapiskan

Satukan tepung beras dan garam.tuangkan santan dan bancuh hingga sebati. masukkan air daun pandan dan dikacau rata.

Tuangkan adunan ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan. kacau hingga adunan ini menjadi likat dan berkilat. dah tu tutuplah api

tuangkan adunan ini ke dalam acuan kecil yang sudah disapukan sedikit minyak. sejukkan.

Ketika menghidang, terbalikkan som-som ke dalam mangkuk. Tuangkan air gula melaka.

Selamat Bertanding

31 October, 2009

BENGANG

Nama pokok ni Bengang. Jadi sapa-sapa yang bengang, gilah ke pokok ni buat kawan... hi hi

22 October, 2009

SONEH

Soneh ni bukan songeh atau pun ongeh.. soneh ni kuih, ongeh ni kira-kira macam penatlah. Nak buat Soneh ni, kenalah ada bahan-bahannya. Puan-puan bahannya ialah 7 biji telur, gula sekati, tepung beras dua kampit, sekampit digoreng untuk masuk dalam telur dan satu kampit lagi untuk dibakar.... Mula-mula pukul telur dan gula hingga kembang, pukul dengan pemukul yang lebih kurang macam pemukul buat kuih bahulu tu, jangan pukul dengan belantan tau.. kemudian masukkan tepung beras yang telah digoreng ke dalam telur dan kacau hingga rata, ingat tu kacau hingga rata, jangan kacau orang sebelah... satu lagi tepung beras masukkan ke dalam loyang.. ambil semula kulit telur, nasiblah kalau dah buang dalam tong sampah, kulit telur ni nak buat acuan tau. Tekan beberapa kali atas tepung beras supaya jadi macam acuan. ambil tepung tadi masukkan ke dalam loyang kemudian baru dimasak.

LOK LIT plak ramuannya ialah 2 cupak padi yang kekuningan, digoreng dan ditumbuk hingga mengeluarkan kulit dan ambil berasnya. Setengah kilo beras pulut, 5 keping manisan, 2 biji kelapa, 1 sudu besar garam halus dan air secukupnya... cara nak buat... tanyalah Tok Wan, Tok Nek atau mana-mana Tok yang Puan-Puan dan Tuan-Tuan kenal.... hiiii, pikir-pikirlah, dan selamat mencuba..

20 October, 2009

Ewah Ewah Gitu...

BOMBASARI

Bombasari ni bahan-bahannya ialah santan dari buah kelapa tu, tepung gandum, gula halus, pisang raja nak juga dalam 3 bijik dihiris menyerong, garam jangan lupa wehhh... apa?? ajinomoto.. ubuhlah kalau nak kalah. cara nak buat lak cam ni... mula-mula satukan, (ewah macam naik pelamin lak).. tepung gandum, garam, santan dan gula hingga sebati. Tuangkan adunan dalam loyang (loyanggg bukan wayang tau) yang telah disapu sedikit minyak, susun pisang dlm adunan tadi sampai rata, bukan sampai Tanah Rata.... last sekali makan le, tapi sebelum tu kukuslah dulu weh sampai masak, lebih kurang 20 ke 25 minit, tak pun 20 ke 25 hari... bila sejuk potong ikut suka, potong kuih tu bukan potong getah tau....

lepas ni kita cerita kuih som-som lak.... tunggu tau...


Kuih som-som ni kira macam main osom tu le, kepal tangan bulat-bulat baru osom... kuih som-som pun lebih kurang bulat-bulat leper... nak buat kuih ni, begini ceritanya... mula-mula bahanlahkan... nak tepung beras (bukan biras tau), air, kelapa nak santannya je, gula melaka yang baru turun lori, adalah dalam seketul je, air daun pandan dalam 3 sudu, garam, minyak untuk melengser.... nak buat?? tak tau laaa.....
nak buat som-som ni gini kot, mula-mula masukkan gula melaka dan air lebih kurang setengah botol mineral kecil tu dalam periuk, masak sampai gula larut dan matang, kemudian tapis ( amboi.. macam lembaga penapis pilem plak). haaa, naik pelamin ni.. satukan tepung beras dan garam. tuangkan santan dan bancuh hingga sebati, ikut sukalah nak bancuh macamana. kemudian masukkan air daun pandan dan kacau sampai rata, jangan kcau sampai bersepah merata.. tuangkan adunan dalam kuali,kuali hitam pun tak paa.. dan masak dengan api perlahan (agak-agak perlahan tu macamana ya..). kacau tanpa henti walaupun lampu isyarat merah, jangan berhenti teruskan sampai adunan in jadi likat dan berkilat. tutup api, pulas suis tu, bukan tutup dengan kain batik tau.... lepas tu tuangkan adunan yang likat dan berkilat tu ke dalam bekas acuan kecil yang sudah disapukan sedikit minyak.. sejukkan. dah sejuk terbalikkan som-som ni ke dalam mangkuk, tuangkan air gula melaka.... apa lagi makan laaaa.... tapi sebelum makan kena osom dulu..... bye, selamat mencuba...

14 October, 2009

PERTANDINGAN MEMASAK ANTARA RUMAH- KATEGORI GURU

BERIKUT IALAH MENU YANG DICADANGKAN UNTUK DIPERTANDINGKAN. MENU SEBENAR AKAN DIBERITAHU SEHARI SEBELUM PERTANDINGAN.

MENU PILIHAN (MINUMAN PETANG)

1. SERABAI
2. BOMBASARI
3. SOM-SOM
4. BUAH GOMAK
5. SONEH
6. LOK LIT


Bolehlah mula cari-cari menu lebih kurang...

18 September, 2009

SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA SKGN, MEREKA-MEREKA YANG SERING LEPAK KAT BLOG NI DAN SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
BERHATI-HATI MAKAN KUIH RAYA
BERHATI-HATI SEMASA HULUR SAMPUL RAYA
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
BERHENTI TENGOK TV, PI JALAN-JALAN RUMAH SAUDARA
JANGAN TUNGGU RUMAH TERBUKA, PI SEBAB MALU MATA BUKAN SEBAB NAK BERAYA,
JANGAN NGUTUK RUMAH YANG KITA PI TAK DA BENDA
YANG PENTING KITA BERSAUDARA, ERATKAN PERSAUDARAAN DI HARI RAYA
SENYUM GEMBIRA JANGAN MASAM MENCUKA, HARI NI KAN HARI RAYA.... AMPUN MAAF PADA SEMUA, SALAH SILAP ADAT MANUSIA, TAPI KALAU SILAP MEMANJANG APA KE NAMANYA...... MEH LAH DATANG RUMAH GB, ADA LE AIR MASAK, KACANG KUDA.... JANGAN MARAH YA, KAN NI HARI RAYAAAA.....

ORANG YANG PALING BERANI IALAH YANG BERANI BERTINDAK, SI PENAKUT HANYA BERTINDAK DI DALAM KEPALANYA SAHAJA. KITA HANYA PANDAI MENGATA, ORANG LAIN TERUS BERUSAHA, TIBA MASA ORANG BERJAYA,DAN KITA MASIH TERUS MENGATA.. HIDUP BIAR BERJAYA, TAPI NAK BERJAYA MACAMMANA KALAU HATI MATI.... ayo yo kena fikir laaaa..

MAJLIS BERBUKA PUASA SKGN



Pada 26 Ramadhan 1430 bersamaan 16 Sept 2009, SKGN telah mengadakan majlis berbuka puasa untuk warga SKGN dan keluarga masing-masing, majlis diadakan secara santai dan terbuka. Juadah berbuka telah disediakan oleh guru-guru dan kakitangan SKGN sendiri, sedap oooooo...... majlis tersebut cukup harmoni dan terserlah kerjasama sesama warga. Tahniah dan terima kasih..


AKTIVITI KOKURIKULUM DI BULAN RAMADHAN


Sepanjang bulan Ramadhan ini, aktiviti kokurikulum terus berjalan seperti biasa. Sebelum bermulanya Ramadhan, pelajar mendengan ceramah berkaitan bulan puasa. Manakala pengisian di bulan puasa pula telah diadakan aktiviti pertandingan merekacipta kad hari raya, kuiz Ramadhan dan sebagainya, dan akhir sekali majlis sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim dan piatu SKGN seramai 27 orang, sumbangan telah dihulur oleh semua warga SKGN.

19 August, 2009

KEM BESTARI SOLAT




Pada 15hb Ogos 2009 (Sabtu) Unit Pendidikan Islam SKGN telah mengadakan kem bestari solat untuk pelajar-pelajar SKGN. Pada keseluruhannya, kem ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

12 August, 2009

TERIMA KASIH SEMUA



Terima Kasih kepada semua guru dan semua kakitangan SKGN kerana meraikan ulangtahun kelahiran Guru Besar. Moga anda semua dirahmati dan diberkati Allah s.w.t. jua hendaknya... thank you..

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE52



SKGN mula rancak memasang bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara kali ke52.

PERJUMPAAN BULANAN KALI KE5




Pada 28 Julai 2009, SKGN telah mengadakan perjumpaan bulanan kali ke5 bagi tahun 2009. En Rahim b. Mat Zin telah menyampaikan ucaputama diperjumpaan tersebut.

15 July, 2009

DEMO MEMBUAT AIS KRIM GORENG




15 Julai 2009,2.00 ptg - Ruangan masak-masak SKGN telah mengadakan demo cara membuat ais krim goreng. Chief Din yang terkenal daripada hotel bertaraf lima bintang telah didatangkan khas untuk memberi tunjuk ajar cara-cara membuat ais krim goreng tersebut...... pandai doh buat ais krim goreng...

Gosok Gigi Jangan Tak Gosok




15 Julai 2009- Program Gigi Sihat telah diadakan, dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Marang pelajar-pelajar telah menjalani pemeriksaan gigi dan juga diberi tunjuk ajar membersihkan gigi.

TANAM POKOK


Aktiviti menanam pokok teduh sedang giat dijalankan di sekolah ini sebagai satu usaha untuk merimbun dan menyegarkan suasana sekolah.

05 July, 2009

KEDUDUKAN MATA RUMAH TERKINI

TEMENGGONG - 1650 MATA
PANGLIMA - 1900 MATA
LAKSAMANA - 2120 MATA
BENDAHARA - 2100 MATA