Waktu Solat - K.Trg dan Marang

COUNTDOWN TO PEPERIKSAAN UPSR 2011, at 08:00:

Hari Jam Minit Saat

22 June, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH MARANG 2009

Guru-Guru SK Gong Nangka Menerima Anugerah Khas Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Marang 2009

20 June, 2009

PERKHEMAHAN TKRS DI SMK MERCHANG (18-20 Jun 2009)



Pada 18 hingga 20 Jun 2009, Pasukan TKRS SKGN telah menyertai perkhemahan TKRS peringkat daerah yang diadakan di SMK Merchang. Pasukan TKSR SK Gong Nangka turut memenangi beberapa pertandingan antaranya Johan Kraf Perkhemahan(P), tempat Ketiga Kraf Perkhemahan (L), dan tempat Ketiga Replika Gajet (L). Tahniah kepada semua pemimpin dan peserta SKGN yang terlibat dalam perkhemahan ini

18 June, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH MARANG




Pada 18 Jun 2009, bertempat di Dewan SMK Pengkalan Berangan telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Marang 2009. Majlis bermula pukul 9.00 pagi dan telah dirasmikan oleh YB. En. Yahya bin Khatib Mohamad A.M.T., P.K.C. ,Adun Pengkalan Berangan. Tahniah kepada guru SK Gong Nangka yang turut menerima Anugerah Kecemerlangan sempena sambutan Hari Guru 2009 tersebut. Anugerah yang diterima ialah;

Guru Cemerlang Pendidikan Khas (SR) - Cg Natrah bt. Wahab
Guru Cemerlang Pasukan Beruniform (SR) - Cg. Embat bt. Abd Rahman
Guru Cemerlang Bimbingan (SR) - Cg. Maliha @ Abd Aziz bin Harun
Guru Cemerlang Sekolah - Cg. Roshida bt. Hasim

juga anugerah dan piala pusingan untuk;

Anugerah Dokumentasi Sekolah Terbaik (SR)
Anugerah Pengurusan Pejabat dan Bilik Guru Terbaik (SR)

Tahniah kepada semua guru SKGN kerana saling membantu memberi kerjasama sehingga menerima anugerah dan pengiktirafan daripada JK Sambutan Hari Guru dan PPD Marang. Moga tahun depan semakin cemerlang.

17 June, 2009

PROGRAM MENANDATANGANI KAD KEMAJUAN PELAJAR



Pada 16 Jun 2009 ( Selasa) telah diadakan program menandatangai kad kemajuan pelajar berasaskan kepada peperiksaan pertengahan tahun 2009, majlis tersebut telah diadakan bermula pukul 1.00 hingga 3.00 petang. Program diadakan di sebelah petang bagi memastikan pelajar-pelajar dapat mengikuti P&P seperti biasa diwaktu pagi. Selain itu ibubapa dan guru turut berbincang mengenai prestasi dan sikap anak-anak pelajar SKGN. 86.95% ibubapa telah hadir ke program tersebut. Kehadiran ini amat membanggakan dalam usaha kita untuk meningkatkan prestasi anak-anak.

03 June, 2009

JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2009






Pada 26 Mei (OTI 2 dah tamat tau), SKGN mengadakan majlis jamuan makan malam khas untuk guru dan keluarga mereka di Laman Lestari SKGN. Jamuan ini dianjur oleh AJK PIBG dengan kerjasama kelab KESANA. Terima kasih PIBG. selain daripada jamuan turut diadakan acara tukar-tukar hadiah, cabutan bertuah, penyampaian hadiah pertandingan, nyanyian lagu guru malaysia, nasyid, boria, tarian selamat datang dll...

02 June, 2009

ACARA SAMBUTAN HARI GURU





Lupa lak nak cerita... kita buat pelancaran hari guru peringkat sekolah pada 17 Mei, lepas pelancaran masuk kelas le... mengajar... kenapa??? kita bukan sambut hari guru sehari tu je... kita memang rai diri sendiri sungguh-sungguh... he he.. dah hok gambar main-main tu buat bila?? ooooo.... tu.. galah panjang, petong tu kita lawan sungguh ti hari Sabtu, batu selambut, dam aji, congkak, belanda dapat tanah dll kita lawang ari Selasa petang, masa koko. Bila lak wie hadiah??? hadiah kita wie masa jamuang makang malam sambutan hari guru....... ooooo buleh wat skoloh ni ya.... laa buleh le, cikgu koloh kita guana, cikgu membina negara bangsa