Waktu Solat - K.Trg dan Marang

COUNTDOWN TO PEPERIKSAAN UPSR 2011, at 08:00:

Hari Jam Minit Saat

15 July, 2007

Pilihanraya memilih Ketua Pelajar SKGN

15 Julai 2007:PILIHANRAYA memilih Ketua Pelajar SKGN yang pertama berjalan lancar. Seramai 263 pengundi daripada 281 pengundi yang layak mengundi telah menyempurnakan tanggungjawab masing-masing, peratus mengundi ialah sebanyak 94%. Undi rosak berjumlah 8 undi iaitu 3.04%. Calon-calon yang bertanding ialah Liyana Syazwani bt. Sidek, Nur'ain Zahirah bt. Zulkifli, dan Zairul Hafizat b. Mohd Nazri. Calon-calon telah menjalankan kempen selama satu minggu, perang poster telah memeriahkan lagi pemilihan ini. Pilihanraya ini juga merupakan sebahagian dari kerja praktikal mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Ketatanegaraan. Pengundi yang layak mengundi terdiri daripada pelajar tahun 4,5 dan 6 serta semua guru SKGN

Pelajar beratur menunggu giliran untuk membuang undi

Kerani undi sedang menyemak senarai nama pengundi.

Liyana Syazwani iaitu salah satu calon sedang membuang undi

Penolong Kanan Dua SKGN sedang menunaikan tanggungjawabnya membuang undi
Proses mengira undi berjalan lancar.
Pilihanraya ini juga mendapat kerja sama pekerja swasta SKGN, yang bertindak sebagai kerani saluran undi, di mana tiga saluran pusat mengundi telah dibuka.

Keputusannya:Liyana Syazwani telah dipilih sebagai Ketua Pelajar SKGN yang pertama
Liyana Syazwani mendapat 155 undi (58.94%)
Zairul Hafizat mendapat 99 undi ( 37.64%)
Nur'ain Zahirah mendapat 11 undi (4.18%) - hilang pertaruhan

No comments: