Waktu Solat - K.Trg dan Marang

COUNTDOWN TO PEPERIKSAAN UPSR 2011, at 08:00:

Hari Jam Minit Saat

31 August, 2008

HARI KELUARGA SKGN KALI PERTAMA DI TROPICAL RESORT SEKAYU

Pada 29 hingga 30 Ogos 2008 bertempat di Tropical Resort, Sekayu, Kelab KESANA SKGN telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Keluarga kali pertama. Rombongan bergerak setelah berkumpul di sekolah pada pukul 3.00 ptg. Sebelum itu konvoi 20 buah kereta ini singgah sebentar melawat anak Cg. Wan Rahanah yang mengalami kemalangan kecil.
Dalam perjalanan ke Sekayu, aktiviti mengenal kampung telah diadakan, dan Keluarga Cg. Noraini telah keluar sebagai Juara. Beberapa pertandingan juga telah diadakan sepanjang hari keluarga ini. Dalam pertandingan TSUNAMI anak Ustazah Norzaini telah menjadi juara, manakala anak Cg. Zailiah telah muncul Juara pertandingan 'Hingga Bengkak Keng'. Pertandingan Ratu Dart telah dimenangi oleh isteri Cg. Aziz dan GB muncul sebagai Raja Dart, dalam pertandingan Ratu Gelang, Cg Natrah telah muncul sebagai juara. Manakala dalam cabutan bonanza pula, Cg. Zailiah, Cg. Norani dan Cg. Zuraiza telah menjadi orang yang bertuah. Akhir sekali dalam pertandingan Lemparan Berapi, Cg Zainon telah berjaya menjadi juara dan memenangi sebotol sos pedas berapi. Rombongan bertolak pulang jam 12.00 tengah hari setelah puas bersantai bersama keluarga di dalam dingin air Sekayu.

2 comments:

Unknown said...

GB tak tengok lagi dok gambar cikgu yang hencen malam masa Pertandingan Lempar Dart ??? singgah ler kat blog saya..hehehe

Unknown said...

Saya berpandangan program hari keluarga yang baru berlalu perlu diadakan lagi pada tahun hadapan,
kerana ia dapat mengekalkan keakraban hubungan kekeluargaan di kalangan keluarga warga SKGN.
Cg. Aziz