SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU DAN KAKITANGAN SKGN. MAAF ZAHIR DAN BATIN. MOGA RAYA INI MEMBERI KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAN KEPADA SEMUA. SELAMAT BERCUTI DAN BERHATI-HATI DI JALANRAYA.
Waktu Solat - K.Trg dan Marang
COUNTDOWN TO PEPERIKSAAN UPSR 2011, at 08:00:
22 September, 2008
21 September, 2008
18 September, 2008
16 September, 2008
MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
Pada 16 Sept 08, majlis penutup sambutan bulan kemerdekaan telah diadakan di Laman Lestari SKGN, yang menarik acara penutup telah disusun oleh pelajar Tahun 6 Ibnu Sina dengan jayanya.
KEMPEN BUMI HJAU SKGN
Sayur-sayuran yang ditanam di kawasan sekolah seperti kailan, sawi, terong, kacang bendi, tomato, daun selom dll dah boleh dimakan. Hasil dah dituai.
11 September, 2008
GEMBIRAKAN ANAK-ANAK YATIM
Hadis
Menurut hadis Sahih Muslim, Rasulullah s.a.w turut bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.
Setakat ini sekolah kita mempunyai 16 orang anak yatim. Sehubungan itu satu program sempena sambutan hari raya dilancarkan, iaitu mana-mana guru yang ingin bersedekah tak kira apa pun, baik wang atau barangan, bolehlah berbuat demikian dengan cara;
1. Barangan : Masukkan ke dalam paper bag yang disediakan di pejabat.
2. Wang : Serahkan kepada PK 2
Pengumpulan derma ikhlas daripada cikgu dan kakitangan sekolah ini diterima sehingga 23 Sept 08 kerana pada 24 atau 25 Sept, semua derma tersebut akan diserahkan kepada pelajar berkenaan. Harap maklum
08 September, 2008
Akhirnya kita telah sampai kepenghujung sebuah usaha, usaha ingin melihat anak didik kita di Tahun Enam berjaya dalam UPSR, esok bermulalah sebuah perjuangan bersenjatakan pensil, berperisaikan pemadam, menghambur jawapan dari akal yang telah guru-guru baja hingga mengakar, merimbun ilmu dan amal, esok semuanya terletak di tangan, mata, telinga, hati dan akal anak didik kita menyelesaikan segala persoalan. Bagi guru, bukan sedikit pengorbanan, bercupak usaha, bergantang akal dan fikiran dipulas,diperah,dipintal menjadi titisan-titisan ilmu yang bertaburan diminda, terpahat di sanubari anak-anak . Terima Kasih Cikgu.
Anak-anak tahun 6, selamat menghadapi UPSR, moga dapat merungkai segala persoalan, moga sentiasa berada dalam rahmat dan petunjuk dari Allah s.w.t, moga akhirnya menghasilkan kejayaan, kejayaan yang mengembirakan ibubapa, kejayaan yang merangsang anak-anak untuk lebih berjaya dimasa akan datang, kejayaan yang membuat guru tersenyum puas.
Kepada Cg. Wan Rahanah, Cg. Abu, Cg. Alias, Cg. Wan Zuraida, Cg. Robiah, Cg. Sariza, Cg. Zuraiza, Cg.Zairul, Ust. Wan Ali, Ustazah C.Zeimah dan semua guru SKGN, Terima Kasih, kerana terus berusaha, berusaha untuk melihat kejayaan anak-anak didik, Terima Kasih, kerana seawal pagi hingga sampai ke ekor malam, masih terus mendidik, terus berfikir, terus berdoa, dengan hasrat moga tarikh 9 - 11 Sept ini memberi makna, agar dapat melakar senyuman, senyuman tanda puas di penghujung hasil.
Selamat Menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah buat semua pelajar SKGN,
Buat guru Terima Kasih sekali lagi, walaupun debarnya tak kan hilang hingga keputusan diumumkan.
Anak-anak tahun 6, selamat menghadapi UPSR, moga dapat merungkai segala persoalan, moga sentiasa berada dalam rahmat dan petunjuk dari Allah s.w.t, moga akhirnya menghasilkan kejayaan, kejayaan yang mengembirakan ibubapa, kejayaan yang merangsang anak-anak untuk lebih berjaya dimasa akan datang, kejayaan yang membuat guru tersenyum puas.
Kepada Cg. Wan Rahanah, Cg. Abu, Cg. Alias, Cg. Wan Zuraida, Cg. Robiah, Cg. Sariza, Cg. Zuraiza, Cg.Zairul, Ust. Wan Ali, Ustazah C.Zeimah dan semua guru SKGN, Terima Kasih, kerana terus berusaha, berusaha untuk melihat kejayaan anak-anak didik, Terima Kasih, kerana seawal pagi hingga sampai ke ekor malam, masih terus mendidik, terus berfikir, terus berdoa, dengan hasrat moga tarikh 9 - 11 Sept ini memberi makna, agar dapat melakar senyuman, senyuman tanda puas di penghujung hasil.
Selamat Menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah buat semua pelajar SKGN,
07 September, 2008
MOGA SEMUA BERJAYA
06 September, 2008
04 September, 2008
Kuih Koci
Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung pulut
2 mangkuk santan (setengah mangkuk santan dimasak hingga pecah minyak)
Sedikit garam
Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
Inti:
1 biji kelapa parut
½ cawan gula kabung
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Cara:
Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali. Campurkan dengan sedikit air, kemudian jerangkan ke atas api yang sederhana. Kacaukan inti hingga merengas dan hampir kering. Kemudian bolehlah diangkat dan diketepikan. Untuk menyediakan bahan tepung, tepung pulut tadi hendaklah diadun dengan santan mentah yang telah dicampur dengan sedikit garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh dibentuk. Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Kemudian bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak. Setelah itu bungkuslah adunan itu. Buat sehingga selesai. Setelah siap, sediakan alat pengukus dan kukuslah adunan tadi hingga masak.

03 September, 2008
Masak-masak bulan puasa
Masak Lemak Cili Api Daging Salai dgn Mangga Muda

Resepi orang kampung
Bahan-bahan ( sekeluarga )
- 500gm Daging Salai
- 1 biji Mangga Muda
- 1500ml santan (kalau nak kuah byk lebih tambah lagi)
- 20 biji cili api (kalau nak pedas tambah lah cili lagi)
- 1 inci kunyit
- Garam secukup rasa
Cara-cara
- Daging salai dihiris nipis.
- Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat.
- Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejab. Ini untuk pastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.
- Apabila daging telah empuk. Masukkan santan dan garam.
- Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnye. Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejab. Tutup api.
Subscribe to:
Posts (Atom)