Waktu Solat - K.Trg dan Marang

COUNTDOWN TO PEPERIKSAAN UPSR 2011, at 08:00:

Hari Jam Minit Saat

08 September, 2008

Akhirnya kita telah sampai kepenghujung sebuah usaha, usaha ingin melihat anak didik kita di Tahun Enam berjaya dalam UPSR, esok bermulalah sebuah perjuangan bersenjatakan pensil, berperisaikan pemadam, menghambur jawapan dari akal yang telah guru-guru baja hingga mengakar, merimbun ilmu dan amal, esok semuanya terletak di tangan, mata, telinga, hati dan akal anak didik kita menyelesaikan segala persoalan. Bagi guru, bukan sedikit pengorbanan, bercupak usaha, bergantang akal dan fikiran dipulas,diperah,dipintal menjadi titisan-titisan ilmu yang bertaburan diminda, terpahat di sanubari anak-anak . Terima Kasih Cikgu.
Anak-anak tahun 6, selamat menghadapi UPSR, moga dapat merungkai segala persoalan, moga sentiasa berada dalam rahmat dan petunjuk dari Allah s.w.t, moga akhirnya menghasilkan kejayaan, kejayaan yang mengembirakan ibubapa, kejayaan yang merangsang anak-anak untuk lebih berjaya dimasa akan datang, kejayaan yang membuat guru tersenyum puas.
Kepada Cg. Wan Rahanah, Cg. Abu, Cg. Alias, Cg. Wan Zuraida, Cg. Robiah, Cg. Sariza, Cg. Zuraiza, Cg.Zairul, Ust. Wan Ali, Ustazah C.Zeimah dan semua guru SKGN, Terima Kasih, kerana terus berusaha, berusaha untuk melihat kejayaan anak-anak didik, Terima Kasih, kerana seawal pagi hingga sampai ke ekor malam, masih terus mendidik, terus berfikir, terus berdoa, dengan hasrat moga tarikh 9 - 11 Sept ini memberi makna, agar dapat melakar senyuman, senyuman tanda puas di penghujung hasil.
Selamat Menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah buat semua pelajar SKGN,
Buat guru Terima Kasih sekali lagi, walaupun debarnya tak kan hilang hingga keputusan diumumkan.

No comments: